Donate

Jadi Sebahagian Daripada Yang Menyumbang Kepada Mobil Musolla

Mobil Musolla adalah surau bergerak yang telah memulakan khidmatnya sejak bulan Mac 2015 di pasar-pasar malam di sekitar Bandar Kuantan, Pahang. Kemudahan yang disediakan oleh Mobil Musolla ialah menyediakan tempat solat yang berasingan di antara jamaah lelaki dan wanita, peralatan seperti tempat wuduk, telekung dan lain-lain.

Mobil Musolla dikendalikan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO), perkhidmatan surau bergerak ini disediakan secara percuma untuk memudahkan orang ramai menunaikan solat. Kami memohon sokongan dari ramai pihak demi kelangsungan Mobil Musolla untuk membiayai kos operasi, penyelenggaraan, elaun para petugas, termasuk rancangan menambah unit Mobil Musolla pada masa akan datang.

Semoga dengan sumbangan anda, Mobil Musolla terus dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan mampu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatannya. Terima kasih.

Rs-service

RM10.00

donate

Rs-service

RM50.00

donate

Rs-service

RM100.00

donate

Ada soalan? Sila baca soalan-soalan lazim atau hubungi kami di (+6) 012-900-3117

Atau Bantu Dengan Berkongsi Ke Media Sosial Anda

Copy link
Powered by Social Snap